Tuesday 15 May 2012

~ SeJaRaH aWaL PeteMpaTaN ManUsiA ~

:: SELEPAS PELAJARAN INI, ANDA SEPATUTNYA DAPAT MENYENARAI DAN MENCERITAKAN CORAK PETEMPATAN AWAL MANUSIA ::








Di manakah manusia zaman dahulu tinggal?  

     Pada zaman dahulu, manusia hidup secara nomad. Mereka hidup dalam kelompok keluarga atau secara berkumpulan. Petempatan awal mereka ialah GUA, KAWASAN LAPANG dan di TEPI SUNGAI atau TASIK.

                                                                   GUA     

 
Gua merupakan petempatan awal yang terbentuk secara semual jadi. Gua merupakan sebuah lubang besar dan dalam di sebuah kaki bukit. Biasanya gua terdapat di pedalaman yang berhutan. Gua adalah kukuh. Petempatan ini sesuai kerana terdapat pelbagai tumbuh-tumbuhan dan binatang yang boleh diburu sebagai sumber makanan.





                                                              KAWASAN LAPANG

Manusia zaman dahulu juga tinggal di kawasan lapang. Mereka mula bercucuk tanam. Mereka juga masih berburu binatang. Mereka telah membina pondok-pondok sebagai tempat tinggal yang diperbuat daripada batang dan daun-daun pokok.






                     
                                                PINGGIRIN SUNGAI ATAU TASIK

Manusia zaman dahulu tinggal di kawasan pinggir sungai atau tasik. Mereka membina pondok-pondok di kawasan pinggir sungai. Pondok dibina dengan menggunakan batang dan daun-daun pokok. Akar pokok digunakan untuk mengikat tiang. Oleh itu binaan pondok kurang teguh. Disini mereka dekat dengan sumber air. Selain berburu binatang dan memungut pucuk-pucuk daun, mereka dapat menangkap ikan.

2 comments: