Thursday 7 June 2012

~ MiNgGu PePeRiKsAaN Di UpSi ~

 

:: Jadual Peperiksaan Akhir Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) ::


KURSUS
TARIKH
MASA
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR
5/6/2012
2.30 PTG
FALSAFAH DAN PERKEMBANAGN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
6/6/2012
2.30 PTG
APLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN
7/6/2012
2.30 PTG
SEKOLAH DAN MASYARAKAT
11/6/2012
2.30 PTG
TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN
12/6/2012
9.00 PG
PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM
13/6/2012
2.30 PTG

Selagi hayat dikandung badan, Hidup harus diteruskan.. Selamat Berjuang!




~ WaJaH-WaJaH KesaYaNgAn HaMBa ~







~ TaKKaN aKu TiNgGaLKaN KaMu ~



lalala!!
melihat rembulan di tepi jendela,
jauh sungguh kamu terleka,
suatu ketika kamu di Melaka,
kini kamu di Perak semula,

lalala!!
aku masih mengenggam janji,
ada kala aku terleka,
untuk memungkiri janji tidak sama sekali,
kerna kamu yang aku suka,

lalala!!
aku tak peduli kata sekeliling,
aku sentiasa percayakan kamu,
kekayaan bukanlah benda yang penting,
asalkan kita bahagia selalu,

lalala!!
hari-hari aku sibuk,
kini aku menulis untuk kamu,
akulah peminat Si Bujang Lapok,
TAKKAN AKU TINGGALKAN KAMU...

Friday 25 May 2012

~ SeKiTaR MaJLiS PeRkaHwiNaN SaYa ~

Tarikh : 8 Julai 2011
Tempat : Kampung Padang Jambu
              75150 Melaka

:: selepas akad nikah ::

:: malam berinai ::

:: upacara memotong kek ::

:: majlis khatam Al-Quran ::

:: fesyen Arab ::

:: fesyen Jawa ::

:: me <nurul hunaini > ::








~ 24 Mei 2012 ~

:: smlm merupakan 2 hari penting yg sangat berbeza buat aku dan suami..1st, smlm adalah hari kelahiran ibu mertua ku Puan Siti Hawa Binti Abd Majid yg ke-60 tahun yang kini sedang menunaikan umrah..semoga dgn pertambahan umur ini akan mematangkan diri kita semua seadanya..buat ibu,semoga dipanjang umur dan diperluaskan pintu rezeki selalu olehNya..hopefully ibu sentiasa berbahagia bersama anak dan kehadiran cucu-cucu..2nd, semalam juga genap setahun pemergian makcik suamiku yg paling disayangi oleh beliau yg sudah dianggap seperti ibu kandung sendiri iaitu Allahyarhamah Siti Mariam Binti Abd Majid atau lebih dikenali sebagai Eyam..Eyam lah orang yang telah memelihara dan menjaga adik-beradik suamiku semenjak dari kecil sehingga mereka meningkat dewasa..jasa dan pengorbanan tak sempat kami balas..Allahyarham tak berpeluang melihat aku dan suami bersatu pada 8 Julai 2011..sudah tertulis di Luh Mahfuz, Eyam dijemput Ilahi sebulan sebelum kami disatukan..Semoga Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang-orang yg beriman..Al-Fatihah buat Allahyarhamah Siti Mariam Binti Abd Majid.. ::

Tuesday 22 May 2012

~ BeNgKeL aSaS PeRtOLoNgAn CeMaS JPAM ~

:: Bengkel Asas Pertolongan Cemas JPAM adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh mahasiswa Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI-GSTT) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di bawah subjek QSS 4013 - Pengelolaan Kokurikulum, Kumpulan M2. Program ini adalah kerjasama mahasiswa bersama pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Slim River. Bengkel ini bertujuan bagi membantu pelajar dalam aspek pertolongan cemas seperti CPR dan Chocking ::

:: sesi pendaftaran ::

:: nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Kandung Suluh Budiman ::

:: ucapan Pengerusi Majlis ::

:: ucapan Pengarah Program, saya la tu..hehe ::

:: Slot 1 - Kenali JPAM ::

:: Slot 2 - CPR dan Chocking ::

:: cik, cik..bangun la, jgn tdo kt sni plak.. ::

:: bekas mulut saper la ni, kasi tukar ::

:: 1,2,3 hembus.. ::

:: dlm kiraan 30 saat.. tekan ye.. ::

:: demonstrasi CPR dari encik rizal ::

:: phewiiittt, sedondon kaler ::

:: cenderahati utk encik shahrizal ::

:: utk Cikgu Abdul Halim pn ada gak.. ::

:: org kuat di sebalik tabir ::

:: jamuan ringan.. abis daaa.. ::

Tuesday 15 May 2012

~ SeJaRaH aWaL PeteMpaTaN ManUsiA ~

:: SELEPAS PELAJARAN INI, ANDA SEPATUTNYA DAPAT MENYENARAI DAN MENCERITAKAN CORAK PETEMPATAN AWAL MANUSIA ::








Di manakah manusia zaman dahulu tinggal?  

     Pada zaman dahulu, manusia hidup secara nomad. Mereka hidup dalam kelompok keluarga atau secara berkumpulan. Petempatan awal mereka ialah GUA, KAWASAN LAPANG dan di TEPI SUNGAI atau TASIK.

                                                                   GUA     

 
Gua merupakan petempatan awal yang terbentuk secara semual jadi. Gua merupakan sebuah lubang besar dan dalam di sebuah kaki bukit. Biasanya gua terdapat di pedalaman yang berhutan. Gua adalah kukuh. Petempatan ini sesuai kerana terdapat pelbagai tumbuh-tumbuhan dan binatang yang boleh diburu sebagai sumber makanan.





                                                              KAWASAN LAPANG

Manusia zaman dahulu juga tinggal di kawasan lapang. Mereka mula bercucuk tanam. Mereka juga masih berburu binatang. Mereka telah membina pondok-pondok sebagai tempat tinggal yang diperbuat daripada batang dan daun-daun pokok.






                     
                                                PINGGIRIN SUNGAI ATAU TASIK

Manusia zaman dahulu tinggal di kawasan pinggir sungai atau tasik. Mereka membina pondok-pondok di kawasan pinggir sungai. Pondok dibina dengan menggunakan batang dan daun-daun pokok. Akar pokok digunakan untuk mengikat tiang. Oleh itu binaan pondok kurang teguh. Disini mereka dekat dengan sumber air. Selain berburu binatang dan memungut pucuk-pucuk daun, mereka dapat menangkap ikan.