Tuesday 8 May 2012

~ ReKa BeNtUk RuMaH-RuMaH Di MaLaYSiA ~

:: REKA BENTUK RUMAH-RUMAH DI MALAYSIA ::

Tahukah kamu jenis-jenis rumah yang terdapat di negara kita?
Pembinaan rumah dipengaruhi oleh faktor sejarah, geografi, keselamatan dan kepadatan penduduk. Setiap rumah mempunyai reka bentuk yag tersendiri.

RUMAH KUTAI

Reka bentuk rumah kutai di Perak sama seperti rumah di Acheh dan Makasar, Indonesia. Menurut sejarah, orang Bugis dan Acheh pernah menetap di Perak.

Rumah Kutai




RUMAH MINANGKABAU

Reka bentuk rumah ini melentik seperti tanduk kerbau. Reka bentuknya sama seperti reka bentuk rumah di Sumatera, Indonesia. Menurut sejarah, orang Minangkabau telah datang dan menetap di Negeri Sembilan dengan membuat rumah dan mengekalkan reka bentuk seperti rumah mereka di Minangkabau.

Rumah Minangkabau


RUMAH INGGERIS

Terdapat rumah di Cameron Highlands , Pahang yang sama seperti rumah Inggeris di England. Ini kerana orang Inggeris telah membina rumah tersebut semasa menjajah negara kita.

Rumah Inggeris

RUMAH JAWA

Reka bentuk rumah Jawa di Indonesia mempunyai pengaruh reka bentuk rumah di Belanda. Menurut sejarah, Indonesia pernah dijajah oleh Belanda.

Rumah Jawa

3 comments:

  1. hehe..Sungai Lui sentiasa di hati..

    ReplyDelete
  2. hooooo..hoooooo..:) udah ada bloq yaaaa...peeehhhh banyaknyeee payunggg...

    ReplyDelete