Thursday 7 June 2012

~ MiNgGu PePeRiKsAaN Di UpSi ~

 

:: Jadual Peperiksaan Akhir Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) ::


KURSUS
TARIKH
MASA
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR
5/6/2012
2.30 PTG
FALSAFAH DAN PERKEMBANAGN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
6/6/2012
2.30 PTG
APLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN
7/6/2012
2.30 PTG
SEKOLAH DAN MASYARAKAT
11/6/2012
2.30 PTG
TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN
12/6/2012
9.00 PG
PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM
13/6/2012
2.30 PTG

Selagi hayat dikandung badan, Hidup harus diteruskan.. Selamat Berjuang!




~ WaJaH-WaJaH KesaYaNgAn HaMBa ~







~ TaKKaN aKu TiNgGaLKaN KaMu ~



lalala!!
melihat rembulan di tepi jendela,
jauh sungguh kamu terleka,
suatu ketika kamu di Melaka,
kini kamu di Perak semula,

lalala!!
aku masih mengenggam janji,
ada kala aku terleka,
untuk memungkiri janji tidak sama sekali,
kerna kamu yang aku suka,

lalala!!
aku tak peduli kata sekeliling,
aku sentiasa percayakan kamu,
kekayaan bukanlah benda yang penting,
asalkan kita bahagia selalu,

lalala!!
hari-hari aku sibuk,
kini aku menulis untuk kamu,
akulah peminat Si Bujang Lapok,
TAKKAN AKU TINGGALKAN KAMU...

Friday 25 May 2012

~ SeKiTaR MaJLiS PeRkaHwiNaN SaYa ~

Tarikh : 8 Julai 2011
Tempat : Kampung Padang Jambu
              75150 Melaka

:: selepas akad nikah ::

:: malam berinai ::

:: upacara memotong kek ::

:: majlis khatam Al-Quran ::

:: fesyen Arab ::

:: fesyen Jawa ::

:: me <nurul hunaini > ::








~ 24 Mei 2012 ~

:: smlm merupakan 2 hari penting yg sangat berbeza buat aku dan suami..1st, smlm adalah hari kelahiran ibu mertua ku Puan Siti Hawa Binti Abd Majid yg ke-60 tahun yang kini sedang menunaikan umrah..semoga dgn pertambahan umur ini akan mematangkan diri kita semua seadanya..buat ibu,semoga dipanjang umur dan diperluaskan pintu rezeki selalu olehNya..hopefully ibu sentiasa berbahagia bersama anak dan kehadiran cucu-cucu..2nd, semalam juga genap setahun pemergian makcik suamiku yg paling disayangi oleh beliau yg sudah dianggap seperti ibu kandung sendiri iaitu Allahyarhamah Siti Mariam Binti Abd Majid atau lebih dikenali sebagai Eyam..Eyam lah orang yang telah memelihara dan menjaga adik-beradik suamiku semenjak dari kecil sehingga mereka meningkat dewasa..jasa dan pengorbanan tak sempat kami balas..Allahyarham tak berpeluang melihat aku dan suami bersatu pada 8 Julai 2011..sudah tertulis di Luh Mahfuz, Eyam dijemput Ilahi sebulan sebelum kami disatukan..Semoga Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang-orang yg beriman..Al-Fatihah buat Allahyarhamah Siti Mariam Binti Abd Majid.. ::

Tuesday 22 May 2012

~ BeNgKeL aSaS PeRtOLoNgAn CeMaS JPAM ~

:: Bengkel Asas Pertolongan Cemas JPAM adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh mahasiswa Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI-GSTT) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di bawah subjek QSS 4013 - Pengelolaan Kokurikulum, Kumpulan M2. Program ini adalah kerjasama mahasiswa bersama pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Slim River. Bengkel ini bertujuan bagi membantu pelajar dalam aspek pertolongan cemas seperti CPR dan Chocking ::

:: sesi pendaftaran ::

:: nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Kandung Suluh Budiman ::

:: ucapan Pengerusi Majlis ::

:: ucapan Pengarah Program, saya la tu..hehe ::

:: Slot 1 - Kenali JPAM ::

:: Slot 2 - CPR dan Chocking ::

:: cik, cik..bangun la, jgn tdo kt sni plak.. ::

:: bekas mulut saper la ni, kasi tukar ::

:: 1,2,3 hembus.. ::

:: dlm kiraan 30 saat.. tekan ye.. ::

:: demonstrasi CPR dari encik rizal ::

:: phewiiittt, sedondon kaler ::

:: cenderahati utk encik shahrizal ::

:: utk Cikgu Abdul Halim pn ada gak.. ::

:: org kuat di sebalik tabir ::

:: jamuan ringan.. abis daaa.. ::

Tuesday 15 May 2012

~ SeJaRaH aWaL PeteMpaTaN ManUsiA ~

:: SELEPAS PELAJARAN INI, ANDA SEPATUTNYA DAPAT MENYENARAI DAN MENCERITAKAN CORAK PETEMPATAN AWAL MANUSIA ::








Di manakah manusia zaman dahulu tinggal?  

     Pada zaman dahulu, manusia hidup secara nomad. Mereka hidup dalam kelompok keluarga atau secara berkumpulan. Petempatan awal mereka ialah GUA, KAWASAN LAPANG dan di TEPI SUNGAI atau TASIK.

                                                                   GUA     

 
Gua merupakan petempatan awal yang terbentuk secara semual jadi. Gua merupakan sebuah lubang besar dan dalam di sebuah kaki bukit. Biasanya gua terdapat di pedalaman yang berhutan. Gua adalah kukuh. Petempatan ini sesuai kerana terdapat pelbagai tumbuh-tumbuhan dan binatang yang boleh diburu sebagai sumber makanan.





                                                              KAWASAN LAPANG

Manusia zaman dahulu juga tinggal di kawasan lapang. Mereka mula bercucuk tanam. Mereka juga masih berburu binatang. Mereka telah membina pondok-pondok sebagai tempat tinggal yang diperbuat daripada batang dan daun-daun pokok.






                     
                                                PINGGIRIN SUNGAI ATAU TASIK

Manusia zaman dahulu tinggal di kawasan pinggir sungai atau tasik. Mereka membina pondok-pondok di kawasan pinggir sungai. Pondok dibina dengan menggunakan batang dan daun-daun pokok. Akar pokok digunakan untuk mengikat tiang. Oleh itu binaan pondok kurang teguh. Disini mereka dekat dengan sumber air. Selain berburu binatang dan memungut pucuk-pucuk daun, mereka dapat menangkap ikan.

Tuesday 8 May 2012

~ TERIMA KASIH, GURUKU ~

sPeciaL DeDiCaTeD To  aLL tEaChErs OuT tHeRe..

tHaNkS fOr eVeRyThiNg..We LoVe yOu !!



~ ReKa BeNtUk RuMaH-RuMaH Di MaLaYSiA ~

:: REKA BENTUK RUMAH-RUMAH DI MALAYSIA ::

Tahukah kamu jenis-jenis rumah yang terdapat di negara kita?
Pembinaan rumah dipengaruhi oleh faktor sejarah, geografi, keselamatan dan kepadatan penduduk. Setiap rumah mempunyai reka bentuk yag tersendiri.

RUMAH KUTAI

Reka bentuk rumah kutai di Perak sama seperti rumah di Acheh dan Makasar, Indonesia. Menurut sejarah, orang Bugis dan Acheh pernah menetap di Perak.

Rumah Kutai




RUMAH MINANGKABAU

Reka bentuk rumah ini melentik seperti tanduk kerbau. Reka bentuknya sama seperti reka bentuk rumah di Sumatera, Indonesia. Menurut sejarah, orang Minangkabau telah datang dan menetap di Negeri Sembilan dengan membuat rumah dan mengekalkan reka bentuk seperti rumah mereka di Minangkabau.

Rumah Minangkabau


RUMAH INGGERIS

Terdapat rumah di Cameron Highlands , Pahang yang sama seperti rumah Inggeris di England. Ini kerana orang Inggeris telah membina rumah tersebut semasa menjajah negara kita.

Rumah Inggeris

RUMAH JAWA

Reka bentuk rumah Jawa di Indonesia mempunyai pengaruh reka bentuk rumah di Belanda. Menurut sejarah, Indonesia pernah dijajah oleh Belanda.

Rumah Jawa

~ BeNtUk MuKa BuMi mEmPeNgArUhi JeNiS RuMaH ~

:: BENTUK MUKA BUMI  ::
  Mempengaruhi Jenis Rumah

Antara bentuk muka bumi yang terdapat di negara kita ialah tanah tinggi, tanah pamah dan pinggir laut.

MARI KITA LIHAT JENIS RUMAH YANG BOLEH DIBINA MENGIKUT KEADAAN BENTUK MUKA BUMI


TANAH PAMAH

Di kawasan ini pelbagai rumah boleh dibina seperti rumah banglo dan kondominium


PINGGIR PANTAI

Di kawasan pinggir pantai, jenis rumah yang bertiang tinggi sesuai dibina. Contohnya rumah air.


TANAH TINGGI

Di kawasan tanah tinggi juga boleh dibina rumah seperti banglo dan sebandung. Rumah di kawasan ini dibina pada struktur tanah yang kukuh. Selain itu, pembinaan rumah di kawasan ini juga perlu mengambil kira kesan alam sekitar dan langkah-langkah keselamatan.



~ TaNgGuNgJaWaB / PeRaNaN aHLi KeLuArGa ~

 TANGGUNGJAWAB SEORANG AYAH IALAH :

a. mencari nafkah dan menyediakan keperluan asas seperti makanan, pakaian dan 
    tempat tinggal
b. memberi perlindungan
c. memberi pendidikan

TANGGUNGJAWAB SEORANG IBU IALAH :

a. menjaga kebajikan keluarga seperti menyediakan makanan, mengemas rumah    dan memberi kasih sayang
b. memberi pendidikan dan pengetahuan
c. membantu ayah menguruskan rumah tangga

TANGGUNGJAWAB SEORANG ANAK IALAH :

a. mematuhi segala arahan dan perintah ibu bapa
b. menghormati dan menghargai ibu bapa
c. belajar bersungguh-sungguh dan membalas jasa ibu bapa 

~ ToPiK : KeLuArGa AsAs ~






    KELUARGA ASAS






                                   
                         ADALAH TERDIRI DARIPADA :                                                                                                                     
IBU DAN AYAH







ANAK-ANAK 

Monday 7 May 2012

~ dEsTiNaSi PeLaNcOnGaN Di MaLaYsiA ~

:: Destinasi pelancongan di Malaysia salah satu sumber terbaik untuk subjek Kajian Tempatan yang menerapkan "nilai sayang negara"...diharap sedikit sebanyak dapat membantu pengajaran dan pembelajaran anda ::



~ SeLaMaT HaRi GuRu 16 MEI 2012 ~

kenangan abadi bersama guru-guru dan ppm PPKI SKDN sentiasa tersemat di hati
:: "GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDKAN NEGARA" ::

        Dikesempatan yang ada ini, kami ingin mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2012" kepada semua guru-guru yang pernah mengajar kami di Sek Keb Tengku Budriah Arau, Sek Keb Senawang, Sek Keb Dato' Naning Alor Gajah, Sek Men Agama Dato' Klana Petra Maamor Ampangan, SK Sentul 2 K.Lumpur, SMK Puteri Wilayah K.Lumpur, SMK Sultan Alauddin, pensyarah-pensyarah serta tutor kami di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak dan Universiti Pendidikan Sulatan Idris (UPSI)dan tidak dilupakan semua guru dan pendidik di Malaysia serta seluruh dunia. Jasamu akan kami kenang sehingga ke akhir hayat. Semoga setiap pengorbanan dirahmati Allah di dunia dan di akhirat. May Allah bless you and your family. "Guru Berjasa! Murid Berjaya!"

~kOsWeR pEmBeLaJaRaN kaJiAn tEmPaTaN tHn 4 ~

buah tangan daripada kami untuk anda semua "CUACA" : Slide Koswer Lab (2) SELAMAT MAJU JAYA

Friday 4 May 2012

~ PeRiSiAn aDoBe PhOtOsHoP ~



:: kulit buku program yang dihasilkan dengan menggunakan perisian adobe photoshop ::

~ pOsTeR sUbJeK siViK DaN kEwArGaNeGaRaaN ~

  fahamkan betul-betul ye! chayok! chayok!


:: Langkah-langkah bagi menangani pencemaran alam sekitar ::




:: Inilah hasil kerja kami, hopefully anda semua suka ::

~ SeKaPuR SiReH sEuLaS piNaNg ~

                                     Lembaran Baru Kehidupan 2012
                                               
                                                  "Ya Allah,
                                            kami sangat bersyukur padaMu..
                                            peluang yang telah Kau berikan..
                                             tidak akan kami sia-siakan..
                                          bumi UPSI kini menjadi saksi..
                                  kami berjuang untuk memburu satu tekad..
                                untuk menjadi anak kandung suluh budiman..
                           yang sentiasa cemerlang, gemilang dan terbilang.."

:: semasa Minggu Suai Kenal (MSK) ::
:: dalam kelas pun sempat posing ::

:: tempat ke2 mereka cipta kapal terbang ::